Sunday, July 18, 2010

KEBERKATAN SYA'ABAN

Berkatnya sya'aban. Itulah yang dapat saya katakan.
Ketika ini, saya amat bersyukur kerana saya telah ditemukan kepada
saudara seagama ketika belajar di UKM dulu. Alhamdulillah.
Semoga akan berkekalan ukhuwah itu hingga akhir hayat.

Benarlah kata ulama , bahawa mendapat sahabat yang baik itu amat
bermakna dan bererti. Kita sering diingatkan tentang pentingnya
sahabat dalam kehidupan. Kita diminta memilih sahabat kerana sahabat
menggambarkan sahsiah seseorang. Mendapat sahabat yang mulia umpama
mendapat permata yang berkilau sepanjang perjalanan hidup kita. Dialah
penenang perasaan dan pengkritik kebaikan.

Bahagialah mereka yang bergelar sahabat sejati...

2 comments:

  1. Bersyukurlah jika kita di kurniakan SAHABAT SEJATI, itulah anugerah dari Yang maha Esa dan membuatkan kita menghargai hidup ini. ARIZA7071

    ReplyDelete
  2. Banyakkan berdoa semoga kita tetap menjadi sahabat sejati dan mempunyai sahabat sejati dalam hidup.

    ReplyDelete