Friday, July 9, 2010

ISRA' MIKRAJ

ingatlah ketika kesedihan Penghulu kita
diangkat martabatnya bertemu Yang Maha Esa
diingatkan bahawa solat itu satu tuntutan
rahsia tiang agama addin
wajib dikerjakan muslimin muslimat

ingatlah ketika dikatakan
bahawa solat itu perlu dikerjakan dengan amat sabar

hingga dinyatakan
mintalah pertolongan dengan solat dan sabar

beriringanlah solat dan kesabaran ketika
seseorang mengingini kejayaan
dalam perjalanan kehidupannya
di dunia dan akhirat

ya Allah,
jadikanlah kami
mereka yang tidak akan melupai
tanggungjawab ini
hingga hari pertemuan kami
denganMu....
Amin.

No comments:

Post a Comment