Apabila anak-anak sibuk dengan peperiksaan, sama ada UPSR, PMR, SPM, dan STPM, semua ahli keluarga pun turut kalut. Macam-macam petua diberikan untuk diguna pakai.
Sebenarnya, ibu bapa turut mendapat tempiasnya kerana mereka juga akan menduduki peperiksaan PTK.
Kalau kita meminta anak-anak untuk bersedia sebelum peperiksaan menjelang, maka kita juga patut melakukan perkara yang sama. Kita perlu berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan keprofesionalan kita dalam bidang masing-masing.
SELAMAT BERUSAHA.
SILA BACA CATATAN DI BAWAH.
Hashim berkata walaupun PTK digubal untuk tujuan yang baik iaitu mengelakkan unsur pilih kasih dan memastikan hanya yang layak diiktiraf, pelaksanaanya menyebabkan ada yang tertindas.
"Tidak semua antara kita pintar semasa di sekolah tetapi lain pula keadaannya ketika telah bekerja. Justeru konsep peperiksaan dalam PTK ini sudah tidak sesuai digunakan bagi menentukan prestasi seseorang penjawat awam," katanya.
Seperti dalam sektor am, beliau berkata ada anggota yang gagal menginjak pangkat kerana gagal melepasi peperiksaan sekalipun prestasinya sebagai penguatkuasa undang-undang cemerlang. - BERNAMA