Kehidupan ini banyak rahsianya. Antara rahsia yang menjadi misteri ialah nikmatnya sihat.
“Ada dua kenikmatan yang kebanyakan manusia rugi (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, yaitu kesihatan dan waktu lapang.”
(sahih Bukhari)
Maka, amatlah besarnya nikmat sihat terhadap semua aktiviti kita. Beringatlah untuk melakukan banyak ibadah semasa kita masih berupaya melakukannya kerana kita akan berasa resah sekiranya kita sakit dan tidak dapat melakukan apa-apa.