KESEDIHAN

kekadang anak-anak kurang arif akan perasaan kita sorang emak.
kekadang mereka menganggap seorang emak sangat suka menegur itu dan ini
kekadang mereka merasakan teguran itu hanyalah bebelan semata-mata

namun mereka tidak memahami
bahawa beberapa tahun mendatang
kehidupan mereka menjadi semakin sukar
sekiranya kesedaran pada hari ini tidak ada
sekiranya mereka leka dengan kesenangan yang ada

anak-anak lupa bahawa
emak dan ayah mereka tidak akan menongkat langit
umur di tangan Allah yang Satu
entah esok entah lusa
terpanggil kita mengadapNya

ketika itu mungkin mereka baru sedar
akan kekacauan hidup ini