SAGON MAK

Setiap kali musim durian, inilah rutin mak..buat sagon untuk makan durian.

Jadi saya nak kongsi kenikmatan sagon mak.

Bahan-bahan
  1. sebiji kelapa- parut
  2. tepung beras- sebungkus
  3. sedikit garam
  4. gula secukup manis
Cara-cara membuat

  1.  kelapa yang diparut digoreng tanpa minyak (macam nak buat kerisik). Kalau dah sedikit keringpun dah ok
  2. masukkan setengah bungkus tepung
  3. goreng bersama sehingga warna berubah kekuningan
  4. masukkan garam
  5. tutup api
  6. masukkan gula
api dapur perlu kecil sahaja

angkat dari kuali, sejukkan dan simpan di dalam bekas yang kering dan kedap udara.

selamat mencuba