Wednesday, January 26, 2011

KERABU MANGGA

Esok ada makan-makan di sekolah. Kawan-kawan sejawatan memang sering meminta saya menyediakan juadah yang agak mudah. Selalunya saya diminta menyediakan tempoyak . Walau bagaimanapun kali ini saya teringin menyediakan kerabu mangga.

Sajian ini sebenarnya diambil daripada resepi mak di Kuching.

Bahan-bahan hirisan:
1-2 biji mangga muda (sederhana besar)
cili hijau
bawang besar
lobak merah (jika mahu)
timun (jika mahu)
sedikit gula

Bahan 'paste':
sejemput ikan bilis (direndam dengan air suam hingga lembut)
sedikit belacan (dibakar sekejap)
5-6 biji cili api (ikut ketahanan pedas)

Cara membuatnya:
1. Tumbuk semua bahan 'paste' hingga lumat.
2. Sekiranya agak keras semasa menumbuknya, masukkan sedikit air
3. Ketepikan.
4. Mangga, bawang, cili hijau, timun dan lobak merah dihiris halus.
5. Masukkan bahan paste tadi.
6. Gaul hingga rata.
7. Masukkan sedikit gula.

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN.

No comments:

Post a Comment