Tuesday, August 24, 2010

SELAMAT HARI RAYA..MINAL AIDIL WAL FAIZIN

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Dalam kekalutan ekonomi,
seharusnya semua muslimin muslimat menjaga adab berbelanja.
Hari Raya tidak bermakna kita berhabis-habisan. Perkara yang paling
penting ialah ingatan kita terhadap mereka yang kita sayangi, sama ada
yang masih hidup mahupun yang telah lama meninggalkan kita.
Allah mengurniakan kita akal. Maka gunakanlah akal itu sebaik yang
mungkin. Seharusnya kita memenuhi bulan ramadhan ini dengan
amalan yang dituntut, dan bukannya mengisi perut dengan pelbagai
jenis makanan. Ingatlah mereka yang serba kekurangan dan bersyukurlah
kita dengan rezeki yang ada.

No comments:

Post a Comment