Sekarang sudah tiba musim durian. Dimana-mana sahaja kita melihat durian dijual. Harganya pun agak berbaloi-baloi. Walau bagaimanapun, berhati-hatilah kerana durian ini agak panas. Semuanya boleh naik ketika makan durian. Kolesterol naik, darah tinggi naik, kencing manis naik. Jadi, berhati-hatilah ketika makan durian. Jangan berlebih-lebih tetapi lebihkan berhati-hati.
Saya ingin berkongsi maklumat tentang cara-cara paling enak makan durian. Umum mengetahui durian boleh dijadikan bubur durian, namun emak saya mempunyai resipi sendiri untuk makan durian. Apabila tiba musim durian, saya masih ingat, mak akan sibuk membuat sagon. Ramai tahu akan sagon tetapi tahukah anda sagon sedap dimakan bersama durian? Kalau tak percaya cubalah. Ambil sesudu sagon dan mungkin 2 hingga 3 ulas durian. Gaulkan bersama sagon tadi. Keluarkan bijinya. Ulikan sehingga durian yang lembut itu menjadi sedikit keras. Makanlah dengan perlahan. Anda akan merasai nikmatnya.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment